Sunday, May 21, 2017

Tiada Tuhan Melainkan Allah, Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah


Ianya adalah misi tertinggi seorang muslim iaitu memanamkan di dalam hatinya KEYAKINAN yang teguh pada Tuhan yang satu iaitu Allah dan mengikuti segala ajaran Rasulnya, Muhammad saw. 

Keyakinan takkan datang tanpa ujian.
Ujian takkan hadir tanpa cinta.
Cinta takkan hadir tanpa kenal.

Siapa yang kenal dirinya, kenal akan Tuhannya.

Apabila misi telah jelas dan disertakan kehendakNya, maka tiada apapun yang mustahil disisiNya, hatta untuk mengadakan sesuatu yang tiada, meniadakan sesuatu yang ada, mengangkat sesuatu yang jatuh, mendekatkan yang jauh, memuliakan yang hina, memberi pertolongan, bantuan, kekuatan dan kemenangan (mematahkan sebatang pensil dengan menggunakan satu jari seperti dalam gambar), kerana Dia lah yang Berkuasa lagi Maha Agung. 

Segala puji selayaknya bagiNya, Tuhan Sekalian Alam.


read more

Tuesday, May 16, 2017

Mom


Am I the daughter you have always adored? For I do not say enough I love you, not because I don't feel it but because I am scared, of losing.

So I acted tough, rough like the new kid on the block. No fear, no tears I am an iron sword.

But deep within, I am a child. Who don't know how to show what is inside.

So forgive me. Forgive me for it all, for making you sad, dread, concern for a child like that.

I physically don't know how to show inside. But if you could see pass the me, I think it would make you happy.

For the reason I live, is to make you happy.

Happy mother's day, mom.
read more

Monday, March 27, 2017

Jiwa

Cukuplah hati kita saja yang merasai akan apa yang kita rasa antara keduanya. Itupun sudah dikira menang baginya; kerana apakah ada pengikhtirafan lain yang tertinggi selain hati?

Jika ditanya pada akal, sudah tentulah ia mahukan pembuktian, fakta, rayuan, malah apa2 saja untuk dijadikannya dalil bagi membenarkan apa yang difikirnya.

Tapi pada akhirnya; sebuah kemurnian dan keikhlasan itu datangnya dari hati jua. Hanya dgn merasai kita akan memahami; lalu mencintai tanpa syarat dan batas.
read more

Thursday, October 13, 2016

Would you not like that Allah should forgive you?

Terasa dunia kembali bersuara
Terangkat hilang akan segala beban di bahu
Pedih mencengkam hati dirasai manis
Apabila engkau, mendepang dada
Menerimaku kembali
Seolah tiada apa yang berlaku di hari semalam.

Lantas hati ini bersyukur atas nikmat Tuhan
Memanjangkan jodoh pertemuan, kerana
Perjalanan ini masih jauh
Dan masanya kian suntuk untuk kita saling bertelagah.

 “. . . and let them pardon and overlook. Would you not like that Allah should forgive you? And Allah is Forgiving and Merciful.” [Quran 24:22]
read more

Friday, December 12, 2014

Al-Fatihah Buat Ayah, 061214


Bagaimana mahu aku gambarkan anugerah itu.

Terkedu. Insaf.

***

Ketika dia perlu memilih wanita, harta, dan dunia.. dia pilih Allah. Dia percaya dan yakin, taqwa satu satunya jalan yang bahagia-abadi.

Lalu digoncangkan dia dengan ujian; dihilangkan isteri tercinta. Cerita tidak lagi seperti semalam tanpa hawa yang melengkapkan.

Namun mujahid tetap berpegang pada Tuhannya. Menggantungkan sepenuhnya pengharapan pada Allah. Percaya bahawa semuanya pinjaman yang bersifat sementara, tidak kekal.

Hilang berganti.

Ujian tidak pernah putus; hanya untuk mengangkat martabatnya sebagai hamba. Kuncinya taqwa. Dijemputnya anak yang dikasihi untuk berada di pintu syurga. Hilang buat kesekian kalinya. Dirinduinya setiap malam sebagai teman tidur, ditangisi bila bayangan itu hadir. 

"Allah, aku sudah tiada apa apa, semuanya milik Engkau, aku hanya ada Kau yang sentiasa ada; wujjud".

***
read more

Tuesday, October 14, 2014

Sunday, August 31, 2014

Ogos

Aku telah merelakan sepenuhnya,
memberi pelepasan semutlaknya,
membiarkan seluruhnya menjadi satu daerah kosong.

Sedang..
tiap detik waktunya, hati ini terlintas
tiap detik waktunya, hati ini menyebut
tiap detik waktunya, hati ini mencari
dan tiap detik waktunya, hati ini tidak pernah berhenti  untuk memohon.

Kerana sejauh mana kita dijarakkan oleh kedukaan dan kekecewaan,
aku masih sedar akan ketidakmahuan dan ketidakperluan sedikitpun pada diri ini.
Sebaliknya pada setiap jatuh dan bangunnya,
akulah yang paling berkehendakkan,
akulah yang paling memerlukan.

Maka dengan itu,
walau bisikan menyata tentang ketidaklayakan aku diterima kembali,
aku masih mahu percaya tentang kasihMu yang tiada bandingnya,
aku masih mahu percaya tentang cintaMu yang tiada henti.

Untuk halaman baru yang bersisa ini,
aku mengharap Engkau masih sudi memandangku,
aku mengharap Engkau masih sudi memelukku,
aku mengharap Engkau sudi memimpinku,
seperti sebelumnya.

Kerana,
hati ini sudah lama merindui Kamu.

NM. Amalina
Ogos '14
read more

Saturday, July 19, 2014

Ramadhan 21-- make plans, but understand that we live by Allah's grace.

kita mahukan sesuatu seperti apa yang kita mahu,
kita berkehendakan sesuatu seperti apa yang kita hendak.

maka datanglah kemahuan dan kehendak yang sama sekali bukan cara kita.

kita mengeluh.
kita merungut.
kita menolak kerana apa yang kita peroleh tidak sama seperti yang dimahu dan dihendak.

xxxxxxxx

maafkan kami, tuhan.
janganlah engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau tersalah.
janganlah engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya.

xxxxxxxx

percaya pada taqdir.


read more

Saturday, May 10, 2014

A Hero

It's struggle to become the man that you want to be.
It's harder than you want.
It's longer than you want.
And it takes more out of you than you expect that it should.

Good luck, heroes.
read more