Saturday, June 13, 2009

Khabar Dari Indonesia

27 Mei 2009 - Zakril bertolak ke Indonesia atas urusan bowling's tournament.

01 Jun 2009 - Berita kemenangan Zakril. Aku bersyukur.

06 Jun 2009 (pagi) - Zakril dilaporkan mengalami kemalangan bersama tiga rakan lain. Zakril dimasukkan ke hospital Adi Husada, Surabaya.

06 Jun 2009 (petang) - Papa, Umi, Abang Lan dan Nana bergegas ke Kuala Lumpur International Airport (KLIA). Penerbangan dijadualkan pada 3.15 petang.

07 Jun 2009 - Zakril dalam keadaan kritikal.

10 Jun 2009 - Zakril dikeluarkan dari wad.

11 Jun 2009 - Encik Rasdi sekeluarga selamat tiba di Malaysia.


Satu persatu plot dalam babak ini aku ceritakan kepada mak. Sebelum ini aku tidak pernah ceritakan sedikit pun. Malam itu, aku beritahu segalanya tentang Zakril. Apa itu Zakril, bagaimana Zakril, dan kenapa Zakril. Mak turut mendoakan Zakril.

Dari situ, aku mula faham yang dugaan ini sebenarnya adalah harga pengorbanan yang aku harus bayar demi sebuah kebahagiaan kelak.

(kemaskini)

10, 11, 12 Jun 2009 - Matahari terbit

14 Jun 2009 - Selamat tiba.