Sunday, July 19, 2009

Kembalikan Data Yang Hilang

Genap empat minggu pendrive aku hilang.

Aku letakkan atas meja. Aku mahu cepat ke destinasi petang aku. Pantas aku mencapainya. Tapi, baju belum ditukar. Aku letakkan semula. Kali ini, atas katil. Semuanya sudah siap. Atas katil kan aku letak tadi? Aku cari. Cari lagi. Mula menarik nafas panjang.

Hoi, aku sudah lambat! Aku menyorong badan aku ke bawah katil. Kepala dipusingkan 180 darjah. Aku ke tepi katil pula. Menyelak-nyelak cadar. Fu**! Ha***! Ba**! Pelbagai yang keluar dari mulut aku tatkala emosi semakin memuncak. Aku teruskan pencarian. Mengangkat bantal. Menarik semua isi atas katil. Mencari satu demi satu di helaian kain. Mula menjelajah ke rak buku. Sekitar dinding. Dalam bakul. Tepi kotak-kotak. Tak ada. Aku terduduk di sudut bilik dengan kepala yang semakin tunduk. Aku nampak keletihan. Puluhan peluh mula mengalir.


Aku membatalkan niat untuk keluar petang itu dengan emosi di paras bahaya.


*pendrive aku punya banyak folder yang begitu peribadi
(pengajaran:jangan percayakan pendrive sebagai simpanan data paling selamat)