Thursday, July 23, 2009

Siapa Anonymous?

Di satu sudut aku hanya memerhati mereka yang lain bersama pasangan masing-masing. Mengikut rentak irama. Sesekali mengikut rentak mereka sendiri. Ke kanan, ke kiri, berpusing, menggayakan mengikut kemahuan. Oh, indahnya lekuk-lekuk yang kelihatan.

Mungkin aku ditakdirkan untuk ganjil. Tidak berpasang. Atau menjadi lebihan bagi mereka yang masih bertenaga. Atau kepada seseorang yang jauh lebih baik.

'Will you dance with me?', satu suara seakan berbisik.
'My pleasure', jawabku serentak menyambut tangan yang dihulurkan.

Nina seakan tahu setiap langkahku. Membuatkan aku lebih yakin. Dari Inai ke Joget. Dari Mak Inang ke Zapin. Dari Melinting ke Andun. Begitu juga Baksa Kembang, Tari Radap, Bampa, Bambangan Cakil dan Dingu. Agak sukar menjadi sepertinya pada pertama kali. Mungkin tak terpelecek, bisa jatuh bergolek apabila rentak kaki tidak diseimbangkan dengan badan yang sudah diiramakan. Ah, itu bukan alasan. Keghairahan Nina dalam ballroom, ballet, waltz, tango, mambo, salsa, dan cha-cha menggambarkan dia lebih serasi dengan tarian-tarian moden.

*****

Aku tersasar jauh ke bidang teknologi dan Nina masih menjadi tenaga pengajar di situ. Langkah yang selari, jiwa yang serasi, dan rentak yang dikongsi membuatkan aku dan Nina menjadi lebih akrab. Aku lebih senang dengan kelakuannya yang tidak membezakan pangkat apa kau ada, kau anak siapa, sentiasa percaya apa yang dibuat, rendah diri, menyatakan pendapat sejujurnya, dan kadang-kadang bersifat 'private and confidental'. Erm, gambarnya itu pun telah diluluskan keizinan untuk ditayang umum setelah diajukan permohonan bertulis.

Malam itu, selepas acara kemuncak berakhir aku menuliskan sesuatu pada sehelai kertas tisu. 'See me at relaaku.blogspot.com yea..'. Sepertinya aku tidak mahu persahabatan kami berakhir di situ.

Hohoho..

Sampai hari ini, Nina adalah Anonymous di setiap komentar penulisan aku. Ya, setia sekali. Dari dulu sampai sekarang. She supports me. I feel that she always here beside me even we are far far away. Terima kasih, teknologi. Terima kasih, Nina.