Wednesday, September 2, 2009

Oh Bulan!

Selesai kelas pagi itu, aku menuju ke koperasi. Mahu membeli pembaris. Selalu kena marah kalau garisan tak lurus. Pensyarahku masih tidak mahu hayati seni free-hand aku. Pembaris sekarang tak berkualiti. Kopek pintu sikit, dah patah.


Tempat aku belajar ini, banyak koperasi dan pelbagai nama. Belum dicampur syarikat-syarikat perniagaan lain lagi. Belum ditambah deretan-deretan kedai lagi. Belum didarab bisnes orang-perseorangan lagi. Yang bila aku sama-dengankan semuanya, aku panggil koperasi. Maju.


Aku memilih untuk mengunjungi koperasi yang paling hampir dengan bilik aku. Dalam erti kata lain, koperasi yang menjalankan perniagaan untuk siswi-siswi.


Aku angkat pembaris satu. Pergi beratur. Panjang barisan. Kelihatan anak-anak dara yang tiada kelas di sebelah pagi masih memakai baju tidur. Aku perhati seorang demi seorang tanpa mereka sedar air liur aku sudah tertelan. Bukan giurkan mereka! Tapi, maggi, potato chips, keropok ikan, aiskrim, jambu batu, kek, biskut, chipsmore, itu, ini. Hah! Dugaan.


Dah settle bayar, aku berazam untuk beli lebih dari itu bila tiba hari aku!