Wednesday, September 30, 2009

True Joy Comes From True Simplicity

pernahkah kau rasa saat rindu sesak di dada
kau mahu luahkan


kau ambil sekeping kertas
mahu mencoretkannya
tapi tulisannya kosong


kau dendangkan satu lagu
awalnya masih faham atur kata
tapi pertengahannya sudah tiada irama
akhirnya kau sendiri terkelu


kau taipkan sesuatu
kau gerakkan tetikus sana sini
tapi tiada patah atau bertaip


kau tuangkan air
jernih kelihatan
tanpa kau sedar
ia sudah melimpahi gelas kaca


kau merenung tajam bahan bacaan
tapi otak kau lebih laju berbicara
bicara tentang hari semalam


kau pegang erat telefon bimbit
mencari senarai kenalan
tapi kau rasa seolah tiada siapa peduli
apa kau mahu


dan akhirnya kau tanya pada Tuhan
apakah benar rindu ini menyatukan
atau hanyalah mainan perasaan