Sunday, February 7, 2010

Kejar, Kejar.

Aku mahu ada satu perancangan tentang sesuatu. Sepuluh, sebelas, berpuluh2 tahun akan datang sudah diaturkan. Lancar segalanya kerana setiap langkah diteliti dan dikemaskini lalu diberi disiplin yang amat kukuh.

Tapi, aku mampu merancang hanya untuk hujung Disember ini. Dan apabila Januari depan muncul, aku harus mulakan kembali seperti aku mulakan Januari lalu. Hemat aku, proses ini akan berulang sehingga aku habis belajar.