Monday, March 15, 2010

Iklan Jawatan Kosong

Aku ingat nak cari seorang pembantu la. Aku cakap je, beliau akan terus update. Bila aku sedih, aku akan nangis2 kat beliau. Kemudian, beliau akan update dengan menjelaskan rangkap penuh tatabahasa tanpa ianya dilihat sebagai permintaan simpati. Waktu aku sedang seronok pula, beliau pastinya akan update sehingga bila aku baca membuatkan aku senyum sampai telinga. Bila sampai waktu tidur, aku hanya perlu senyum mendongak siling putih kosong; esoknya blog ini dipenuhi penulisan beliau tentang khayalan2 semalam yang keterbatasan privasi masih dipelihara. Proses ini akan berulang sehingga tamat tempoh kontrak.


jawatan : pembantu pengemaskini blog Semantik
-email dan password akan diberi
-sesuai untuk semua peringkat umur
-tidak terikat dengan sebarang kelulusan
-gaji boleh dinyatakan sendiri

sebarang pertanyaan, tinggalkan komen di sini.