Wednesday, March 29, 2017

11

Makin Dalam

Dinahari bangun tempias muka
Tatkala pagi baru menjelma
Panas menjering menusuk mata
Tanda subuh meninggal lama

Bangun kulai jiwa menerpa
Haruman kopi mula menerpa
Menari sekeliling tanpa mengira
Alamat bebelan pasti ada

Longlai laju tapak menderas
Memutar pusing paip keras
Membasahi segala yg jelas
Syukur selaku insan lemas

Kini dewasa makin berjalan
Menumpang sekali arus menekan
Langkah berani melalui caturan
Tanpa cela bukan siluman

Haruman kopi masa tiba
Tangan kaki hanya berbeza
Denai subuh masih nyata
Hanya masa awal sahaja

Dari besar bongkah terasa
Jalinan hidup menolak sasa
Apa beza kuman dan raksa
Kalau iman meniup senja