Monday, March 27, 2017

Jiwa

Cukuplah hati kita saja yang merasai akan apa yang kita rasa antara keduanya. Itupun sudah dikira menang baginya; kerana apakah ada pengikhtirafan lain yang tertinggi selain hati?

Jika ditanya pada akal, sudah tentulah ia mahukan pembuktian, fakta, rayuan, malah apa2 saja untuk dijadikannya dalil bagi membenarkan apa yang difikirnya.

Tapi pada akhirnya; sebuah kemurnian dan keikhlasan itu datangnya dari hati jua. Hanya dgn merasai kita akan memahami; lalu mencintai tanpa syarat dan batas.