Wednesday, May 31, 2017

13

Aku percaya, jika Tuhan mahu kita bersama menjalani misiNya, pastilah dibukakan jalan bagi kita untuk menyatu meski wujud berjuta perbezaan.

Dan sekiranya cerita kita tidak pernah wujud dalam catatan takdirNya, pastilah jua Dia mahu memberikan yang terbaik buat kita; jika tidak di dunia, di akhirat sana. 

Kerana sesuatu yang terbaik di sisiNya adalah yang tidak tergambar dengan segala isi dunia malah tidak terjangkau akan akal. Maka, bagaimana harus Dia zahirkan pemberian itu di dunia ini sedangkan Dia mempersiapkan segalanya di sana.