Sunday, May 21, 2017

Tiada Tuhan Melainkan Allah, Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah


Ianya adalah misi tertinggi seorang muslim iaitu memanamkan di dalam hatinya KEYAKINAN yang teguh pada Tuhan yang satu iaitu Allah dan mengikuti segala ajaran Rasulnya, Muhammad saw. 

Keyakinan takkan datang tanpa ujian.
Ujian takkan hadir tanpa cinta.
Cinta takkan hadir tanpa kenal.

Siapa yang kenal dirinya, kenal akan Tuhannya.

Apabila misi telah jelas dan disertakan kehendakNya, maka tiada apapun yang mustahil disisiNya, hatta untuk mengadakan sesuatu yang tiada, meniadakan sesuatu yang ada, mengangkat sesuatu yang jatuh, mendekatkan yang jauh, memuliakan yang hina, memberi pertolongan, bantuan, kekuatan dan kemenangan (mematahkan sebatang pensil dengan menggunakan satu jari seperti dalam gambar), kerana Dia lah yang Berkuasa lagi Maha Agung. 

Segala puji selayaknya bagiNya, Tuhan Sekalian Alam.