Sunday, July 2, 2017

M1

Lepas balik dari cuti raya, memang I plan terus nak pergi jumpa Prof. Lepas set appointment and all, I terus pergi. Haritu jugak I dapat tajuk research, Kifayah al-Muhtajin ila Mashrab al-Muwahhidin al-Qailin bi Wahdah al-Wujud. Kaji manuskrip itu yang dikarang oleh Shaykh Abdul Rauf al-Fansuri As-Singkili atau nama penuhnya Aminuddin Abdul Rauf bin Ali Al-Jawi Tsumal Fansuri As-Singkili.







Lepas Prof dah explain semua, he asked me to go to National Library (PNM) untuk cari manuskrip berkaitan. I tengok jam, ok sempat balik Shah Alam dulu then ambik train.




Sampai je library, I terus ke kaunter tanya kat mana nak dapatkan manuskrip. "Manuskrip bangunan sebelah, dik. Dan hari Ahad tak buka. You datang weekday". Damn.

So untuk tak mensia-siakan peluh I dari Bangi ke Shah Alam ke KL, I lepak dalam library jap. Ambik 2-3 buku untuk baca. Tiga buku yang I ambik gambar ni bapak aaa best. I tengok jam, tak sempat kalau nak habiskan tiga2 dalam masa kurang lebih dua jam. So I pergi kaunter dengan nekad nak pinjam. Again, "buku kat bahagian ni semua untuk bacaan dan rujukan. Tak boleh pinjam. Bahagian sana boleh pinjam", jawab kakak kaunter sambil menunjuk arah sana. Oh Tuhan.

So I terpaksa scanning tiga2 buku ni dengan laju. Baca part paling best dan hadam so that walaupun balik tanpa manuskrip, I got something there. Thanks Allah :')








Kos RM 70.80

RM 20 - Petrol
RM 20 - Tol
RM 10 - Topup
RM  3.50 x2 - KTM Shah Alam to KL Sentral
RM  1.90 x2 - LRT KL Sentral to Kg Baru
RM 10 - Grab