Tuesday, July 4, 2017

M2

Ingat nak mc harini tapi Jen text (at 8:30am) dia mc harini (baca msg dia at 9am). Then terpaksala pergi jugak sebab takda sapa kat office and ni la peluang best bila Jen mc as I can do anything I like  hihi 😁😁.

So masuk ofis 10am. Setel semua kerja, pastu pi surau semayang qodha subuh and sunat dhuha. Pastu apply job via LinkedIn. 

Pukul 12pm lebih dah rasa bosan what should I do. If I stay kat ofis pun tak buat apa. If I balik pun, tido je. Kul 1pm baru decide nak pi UKM and National Library.

Then terus drive ke KTM Seksyen 19.


Sampai di KL Sentral, I ambik ktm ke seremban. Tengok schedule lagi 20 mins for the next train. Omg, takkan nak nganga situ je. Then terus I keluar pergi amik LRT pi Kampung Baru. Ambik grab, terus ke national library.

I tanya grab driver boleh tunggu tak I nak pergi ambik manuskrip kejap je pastu hantar I ke LRT balik. Dia ok je. Then I pi level 6 dulu buat card untuk photostat (rm10 per card). I keluar pergi level 11 pulak untuk cari manuskrip Kifayah Al-Muhtajin karangan Sheikh Abdul Rauf al-Fansuri. Sementara I tunggu librarian cari manuskrip, I dah cuak bila baca sign takleh copy/ambik gambar, etc di kaunter tu.

Dalam hati, please la. I datang jauh ni. Jangan la sia2kan harapan I. Akak tu tunjuk manuskrip, dalam tu ada cd utk videofilm. Huh?? Takkan kot. I tengok sekali lagi. I cakap I nak halaman sekian, dan sekian. Dia pergi cari lagi.

Dari jauh I nampak dia bawak sesuatu. Hati I dah bersinar mengucap lega. I cakap I nak photostat. Dia cakap boleh, rm1, sekeping. I dengan yakin cakap, ok photostat semua. I minta izin untuk I turun balik level 6 untuk jual semula card photostat yang tak bagi faedah kat I. Bila I turun level 6, orang tu cakap tak boleh refund bila dah beli. Omg. I am in a big trouble sebab I tau dalam purse I tak cukup nak bayar semua tu. I turun ke lobby, pergi ke brader grab car cakap bawak I ke ATM. Satu hal la pulakkk huwaa. I dah la rushing nak ke UKM pulak lepas ni. 

Ok bila nampak bank islam dari jauh, I cakap haa berhenti situ. I dengan cepat keluarkan duit dan semula ke grab car. Suruh dia bawak ke library semula. Sampai di PNM, i terus ke level 11. Ambil manuskrip yang di photostat dan bayar.

Pergi semula ke grab untuk ke LRT kg baru. Cemana tahhhhh, dia tak dapat nak masuk simpang tu so bila nampak je Ampang Park, I cakap haaa berhenti saya situ. I bayar kat driver full of trip RM20. Ok la. Dan I minta dia doakan agar I selamat sampai ke UKM on time.

Dari ampang park, i pi kl sentral. Idk... Everything went very smooth dari ampang park sampai la train nak pi UKM. I tak payah tunggu lama. Sampai situ, tunggu like 2 mins terus train mai. Huhuhu maceh Allah. You know what is the best for me. 



Dalam train ke UKM I text tuan Bazri tunggu tau. I dah dalam ktm. Tepat jam 5:26pm I sampai kat station UKM. Ok guna grab lagi. Grab silap masuk jalan woiiii. Dia suruh tunggu lagi few mins. I memang takleh tunggu dah. Tuan Bazri nak balik 5:30pm. Huhu ya Allah aku benar2 berserah padamu. I cancel booking, I pi kat taxi, tanya harga apa semua and suruh dia hantar I sekarang jugak!! Ok taxi jalan. 

Sampai je kat fakulti, I berlari naik tingkat 4. Omgggg ya Allah. Bantulah aku. I tgok2 level tu semua dah ditutup, dikunci. Huuu menangis tak berlagu. Phone tuan Bazri off. Ya Allah...

Tiba2 ada call masuk I tak tau number sapa. Dia tanya, haa kat mana dah. Phone saya habis bateri. Dengan lahapnya I jawab dah sampai ni... kat mana?? Aaa naik satu tingkat lagi. Tu tingkat tiga. Kakakaka  tersilap tingkat rupanya. I pun naik la tingkat empat dengan penuh dedikasi. 

Sampai tingkat 4, Tuan bazri mempersilakan dengan penuh hormat. Huuuu hilang semua kecungapan tadi. Kami bersembang pung pang pung pang. Dan akhir sekali, dia bagi sample thesis untuk I rujuk. Huuuu ya Allah, sangat lah precious untuk dua bahan yang Kau berikan padaku pada hari ini. Huuu pastilah aku akan menghargainya dengan melipatgandakan usahaku untuk menyiapkan kajian ini demi persiapan generasi yang akan datang. 

Terima kasih ya Allah di atas hari yang penuh bermakna ini. Ampunkanlah aku sekiranya aku lupa untuk mensyukuri akan nikmat2Mu. 

Dan bukak je sample thesis, dapat seketui ayat bawah ni. Huhuhu

"Dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki"