Friday, August 11, 2017

18

Dia menyedari akan hakikat kehidupan yang bermula dengan cinta.

Dikoyaknya dia,
Dirobeknya dia,
Dihinanya dia,
Ditinggalkan dia,
Dia tetap teguh berdiri,
Menanti.

Perlakulah apa dayamu,
Dia takkan pergi.

Kerana sudah dia maklum dari mula,
Dia hanya mahu memberi.

Hingga bila tiba masa,
Dia merasa bahagiamu bukan ada padanya,
Dia akan mengerti,
Lalu diam sendiri,
Dan berlalu pergi.

NM. Amalina
11 Ogos '17