Monday, April 23, 2018

Muqarrab

Dalam keadaan hujan yang renyai-renyai itu, hati ini menangis. Bukan kerana kesedihan, tapi hati merasa sebak dan esak akan kasihNya. Tidak memerlukan apa daya sedikitpun, tetapi hanya dengan menerima akan ketetapan (redha) dan sentiasa merasa Dia yang mencukupkan segala keperluan.. lalu Dia membuka pintu harapan yang seakan tertutup tadi seluas-luasnya-- disertakan bersama hujan rahmat mengiringinya sepanjang perjalanan. Begitulah Dia memperlihatkan akan setiap Kemampuan dan Kekuasaan bagi mereka yang benar-benar melihat dan berfikir.

Tiada kata yang dapat ku ungkapkan lagi melainkan tangis deraian airmata yang dapat menyampaikan perasaan terima kasihku ini padaMu. Aku benar2 tunduk dan berserah padaMu. Kekalkanlah aku dalam keadaan sebegini hingga akhir hayatku meskipun emas permata dilimpahkan di hadapanku, izinkanlah aku untuk tetap memilihMu kerana tidak sanggup aku dipisahkan dengan perasaan di kedekatan ini.